Waris dan kenangan Cleopatra

Selepas kemangkatan Cleopatra, Octavius membunuh putera baginda, Caesarion (mungkin khuatir Caesarion akan cuba menuntut bela empayarnya dan kematian ibunya atau merampas empayar Rom kerana dia anak Caesar). Walau bagaimanapun, 3 anak yang lain hasil Cleopatra bersama Marc Antony telah dijaga Octavia iaitu isteri Antony dan adik Octavius sendiri walaupun Octavia tahu itu ialah anak suaminya yang bukan dikandungnya malahan dia tidak mempunyai anak.

Di Mesir, selama ratusan tahun selepas kemangkatan baginda, Cleopatra disanjung sebagai serikandi dan wirawati negara yang berani dan bijak. Lebih-lebih lagi telah didorong oleh kemunduran Mesir selepas dijajah Rom dan malah sehingga tidak mempunyai kepentingan lagi.